Karier kelab Ignazio Abate

Awal karier

Abate mula bermain bola sepak bersama Rescaldina, sebelum menyertai pasukan remaja Milan pada tahun 1999.[1] Semasa musim 2003–04, dia membuat penampilan profesional pertamanya, bermain dalam perlawanan Coppa Italia menentang Sampdoria pada 3 Disember. Dia juga membuat penampilan pertamanya dalam pertandingan Eropah ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Celta Vigo pada 9 Disember. Dalam perlawanan itu, dia mencipta rekod sebagai pemain Milan termuda untuk bermain dalam Liga Juara-Juara, ketika berumur 17 tahun 27 hari.[2]

Pinjaman ke kelab lain (2004–2007)

Untuk musim 2004–05, dia dipinjamkan kepada Napoli yang beraksi dalam Serie C1. Dia membuat 29 penampilan dan menjaringkan 2 gol. Pada musim panas tahun 2005, dia dijadualkan akan dipinjamkan kepada Sampdoria pada musim berikutnya.[3] Walau bagaimanapun, sebelum bermula pertandingan, dia dipinjamkan kepada Piacenza dan membuat 13 penampilan untuk mereka. Dia kemudiannya dipinjamkan kepada Modena dimana dia membuat 38 penampilan.

Serie A (2007–2009)

Pada musim 2007–08, Abate membuat penampilan sulungnya dalam Serie A selepas didapatkan oleh Empoli dalam perjanjian pemilikan bersama, untuk 900,000.[4][5] Pada tahun itu, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Serie A dalam perlawanan menentang Genoa pada 27 April 2008.[6] Selepas Empoli tersingkir liga, Milan membelinya dengan harga €2 juta[7] dan menghantarnya ke Torino dalam satu lagi perjanjian pemilikan bersama, untuk 2 juta.[8][9] Dia beraksi dalam 25 perlawanan dan menjaringkan 1 gol.

Kembali ke Milan

Abate bermain untuk AC Milan menentang Arsenal.

Pada 24 Jun 2009, Milan mendapatkan semula Abate dengan harga 2.55 juta[10] dan kali ini dia dimasukkan ke dalam senarai pasukan untuk musim 2009–10. Dia membuat 36 penampilan dalam musim pertamanya kembali ke Milan. Kerana beraksi bagus, pada 11 Februari 2010 dia ditawarkan dan menandatangani kontrak lanjutan yang berkekalan sehingga tahun 2014.[11] Dia membuat 37 penampilan dalam musim keduannya. Pada musim berikutnya, Abate sekali lagi menjadi pemain pertahanan kanan utama dan membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan. Pada musim 2013-14, Abate menjaringkan gol pertamanya untuk Milan ketika mereka seri 3-3 dengan Bologna pada 25 September 2013.

Pada musim 2014-15, Abate menjadi kapten Milan buat pertama kali ketika kekalahan 2-0 kepada Palermo pada 2 November 2014. Abate membuat penampilan ke-200nya bersama Milan pada 9 Mei 2015 dimana mereka menang 2-1 ke atas AS Roma. Pada 11 Jun 2015, Milan mengumumkan bahawa Abate telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019.[12]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ignazio Abate http://media3.acmilan.com/uploads/bilancio/Bilanci... http://media3.acmilan.com/uploads/bilancio/Bilanci... http://www.acmilan.com/MostraInfo.asp?id_info=1893... http://www.acmilan.com/en/teams/roster_player/49 http://www.acmilan.com/it/teams/roster_player/49 http://www.bbc.com/sport/0/football/25285190 http://www.espnfc.com/ac-milan/story/2487159/ignaz... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/40354/ign... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p...